??

Thursday 20 October 2011

                                                                   [TaJuK]
[Isi Kandungan]

 Bil          
           Tajuk             
Halaman
   1
Penghargaan

   2
Pendahuluan

   3
Objektif Kajian

   4
Kawasan Kajian

   5
Kaedah Kajian

   6
Dapatan Kajian

   7
Rujukan

   8
Lampiran

   9
Rumusan

 Penghargaan
Alhamdullilah,syukur kehadrat Illahi kerana telah mengizinkan saya membuat tugasan ini dengan sempurna dan dapat menghantar tugasan ini pada masa yang ditentukan oleh guru Geografi  saya.
Saya ingin mengucapkan  ribuan terima kasih kepada Pengetua SMK Tanjung Gemok kerana telah memberikan kebenaran kepada saya untuk menjalankan kerja kursus ini. Tidak lupa juga kepada guru Geografi saya iaitu Mohd Nazri Bin Yusof yang telah banyak memberikan tunjuk ajar kepada saya untuk menyiapkan tugasan ini.
Ucapan terima kasih juga kepada kedua ibu bapa saya kerana memberikan sokongan dan dorongan kepada saya untuk menyiapkan kerja kursus ini. Banyak maklumat  yang telah mereka berikan demi memastikan kajian ini dapat dilaksanakan dengan seelok-eloknya.
Tidak lupa juga buat rakan-rakan saya  yang telah banyak membantu saya ketika dalam menyiapkan kerja khusus ini
Akhir sekali saya mengucapkan terima kasih kepada penduduk Kampung Tanjung Gemok yang telah sudi memberikan kerjasama yang baik kepada saya semasa kajian ini dijalankan. Hanya Allah sahaja yang dapat jasa dan budi baik kalian semua.
Pendahuluan
Kajian kerja kursus ini perlu dilakukan kerana ia merupakan syarat untuk pensijilan Penilaian Menengah Rendah ( PMR ). Kami semua telah diberikan tajuk Kegiatan Ekonomi. Oleh itu, saya telah diarahkan oleh guru untuk membuat kajian ini di kawasan yang mempunyai kegiatan ekonomi iaitu kampung saya.
Masa yang diberikan untuk menjalankan kerja kursus ini ialah bermula bulan September sehingga bulan Oktober iaitu kira-kira 6 minggu. Setiap pelajar perlu menulis satu laporan yang lengkap dan terperinci tentang kajian yang telah dijalankan.
Saya berharap agar kajian dan laporan ini akan mendatangkan manfaat dan faedah khususnya kepada saya dan juga kepada penduduk-penduduk di kawasan tempat  tinggal saya.
 Objektif Kajian
Berikut adalah objektif-objektif kajian yang telah saya jalankan:
1)    Menyatakan maksud konsep kegiatan ekonomi.
2)    Menyenaraikan jenis-jenis kegiatan yang terdapat di kawasan kajian.
3)    Menghuraikan kepentingan kegiatan ekonomi di kawasan kajian.
4)    Menghuraikan kesan kegiatan ekonomi di kawasan kajian.
5)   Menyatakan langkah-langkap hendak mengurangkan kesan  kegiatan ekonomi di kawasan kajian.
6)    Dapat menerapkan unsur nilai dan patriotisme terhadap penduduk  di Kampung Tanjung Gemok.
 Kawasan Kajian

Kajian ini dijalankan di Kampung Tanjung Gemok,Rompin,Pahang.Kampung ini terletak lebih kurang 5KM dari Pekan Endau dan kira-kira 26KM dari Bandar Rompin.Kampung ini mempunyai banyak penduduk.Kawasan kajian berdekatan dengan pantai dan mempunyai tanah yang rata dan lembut. Mengikut sejarahnya, sebelum kewujudan Kampung Tanjung Gemok, penduduk di situ kebanyakannya berasal daripada Kampung Pianggu. Kampung Pianggu merupakan penempatan awal yang kebanyakan penduduknya berketurunan Bugis. Oleh kerana waktu tersebut mereka selalu menggunakan pengangkutan sungai, sesetengah daripada mereka telah berpindah ke kawasan lain yang dikenali sebagai Kampung Teluk Gading. Apabila wujudnya pembangunan terutama pengangkutan jalan raya, maka mereka telah berpindah berdekatan dengan jalan utama tersebut dan secara tidak langsung wujudlah penempatan baru yang diberi nama Kampung Tanjung Gemok.
Mengikut daripada sumber, nama Tanjung Gemok diambil sempena gelaran yang telah diberikan oleh pelayar-pelayar laut berhampiran Kuala Sungai Endau. Mereka sering menggelar kawasan tersebut  sebagai 'Tanjung Gemok'  yang diringkaskan daripada ayat 'Tanjung yang nampak gemok'. Kawasan tanjung tersebut menjadi tempat persinggahan bagi pelayar-pelayar pada waktu itu. Oleh kerana nama tersebut kerap diperkatakan, akhirnya kekallah kawasan tersebut dengan nama Kampung Tanjung Gemok.
<Peta Daerah>
<peta Kawasan Kajian>
Kaedah Kajian
Saya telah mengenal pasti beberapa kaedah yang akan membantu saya mencatat maklumat secara terperinci dan bersistematik.Oleh itu,saya telah menggunakan 3 kaedah ini untuk menjalankan kajian ini.Berikut adalah:-
1)Soal selidik
Saya telah membuat pemerhatian terhadap kawasan kajian untuk mendapatkan maklumat tentang kegiatan ekonomi di kawasan kajian.Saya telah memerhati pelbagai kegiatan ekonomi di kawasan kajian.Contohnya ialah pertanian,perguruan,perniagaan dan penternakan.

2)Pemerhatian
Saya telah menyoal selidik penduduk di kawasan kajian untuk mengkaji tentang kegiatan ekonomi di kawasan kajian.Saya telah memberi borang soal selidik kepada 20 orang responden dan member mereka masa sebanyak 5 minit untuk menjawabnya.Saya telah mengutip borang tersebut dan menganalisanya seperti di bahagian lampiran

3)Rujukan
Saya telah menggunakan pelbagai bahan  rujukan untuk saya mencari maklumat tentang kegiatan ekonomi di kawasan kajian.Saya telah memilih seseorang untuk dijadikan orang sumber untuk menceritakan kepada saya tentang kegiatan ekonomi di kawasan kajian.Saya juga telah mencari pelbagai sumber dari internet untuk menjayakan kerja khusus ini seperti http://smkpenghulusaad.wordpress.com/2010/03/13/contoh-kerja-kursus-geografi-pmr-2010/?like=1&_wpnonce=4bf7f26e87 .Selain itu saya juga telah menggunakan buku teks geografi tingkatan 1 untuk memudahkan saya membuat kajian ini.
 Hasil Kajian
8.1)Konsep kegiatan ekonomi
Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka mendefinasikan bahawa kegiatan ekonomi sebagai perkara-perkara atau aktiviti yang dilakukan oleh masyarakat.
    Terdapat banyak jenis-jenis kegiatan ekonomi,antara contoh-contoh kegiatan ekonomi ialah perniagaan,perikanan,penternakan dan lain-lain.

8.2)Jenis-jenis Kegiatan Ekonomi
         Terdapat banyak jenis-jenis kegiatan ekonomi di kawasan antaranya ialah perikanan.Hasil daripada analisis borang soal selidik,saya mendapati 6 orang responden yang terlibat dalam kegiatan ini.Kesemua 6 orang responden melakukan aktiviti ini di laut atau di kawasan pantai.Tiga orang daripadanya menggunakan jala untuk menangkap ikan manakala selebihnya pergi ke laut untuk   menangkap ikan.Hasil dapatan mereka dijual di pasar berdekatan atau dibuat makanan untuk keluarga mereka.


     Kegiatan perniagaan juga merupakan salah satu kegiatan ekonomi di kawasan kajian.Hasil daripada analisis borang soal selidik,saya mendapati orang 4 responden yang terlibat dalam kegiatan ini.Kesemua responden ini berniaga kecil-kecilan seperti gerai atau warung.     
     Selain itu,kegiatan perguruan merupakan salah satu kegiatan ekonomi di kawasan kajian.Hasil daripada analisis borang soal selidik,saya mendapati 7 orang responden yang terlibat dalam kegiatan ini.Lima responden ini mengajar di sekolah tertentu seperti Sekolah Kebangsaan Tanjung Gemok,Sekolah Menengah KebangsaanTanjung Gemok.Manakala,2 orang responden lagi mengajar tusyen di rumah mereka.
        Akhir sekali,kegiatan pemeliharaan burung layang-layang.Hasil daripada analisis borang soal selidik,saya mendapati 3 orang responden yang terlibat dalam kegiatan ini.Dua daripada responden ini membina bangunan 2 tingkat untuk menjadikan sarang burung layang-layang mereka.Responden yang selebihnya membina bangunan 3 tingkat untuk burung layang-layang mereka.Mereka menggunakan pembesar suara yang berbunyi burung layang-layang supaya burung layang-layang itu tertarik dengan bunyi itu lalu datang mencari sumber bunyi itu.
8.3)Kepentingan Kegiatan Ekonomi di kawasan Kajian
      Kegiatan ekonomi ternyata telah membawa peluang kepada penduduk di kawasan kajian.Mereka terlibat dengan pelbagai kegiatan ekonomi.Ada diantara mereka terlibat dalam kegiatan perikanan,perguruan,perniagaan dan sebagainya.Hasilnya,melalui kegiatan ini,mereka berpeluang mempunyai sumber pendapatan.
       Kegiatan ekonomi juga telah meningkatkan taraf kehidupan penduduk di kawasan kajian.Pada peringkat awal penduduk hanya tinggal di rumah kecil diperbuat daripada kayu.Kenderaan utamanya ialah basikal.Kebanyakan penduduk di taraf kemiskinan.Hasil daripada kegiatan ekonomi,penduduk sekarang mempunyai rumah besar diperbuat daripada batu dan mempunyai kenderaan-kenderaan yang mewah.
       Selain itu juga,kegiatan ekonomi juga membekalkan bahan ma       kanan.Kegiatan ekonomi pertanian telah memberikan kita vitamin . Penternakan  dan perikanan telah memberi sumber protien kepada penduduk di kawasan kajian.Dengan ini penduduk akan selalu cergas dan sihat.
     Akhir sekali,kegiatan ekonomi membekalkan bahan keperluan harian penduduk.Bahan-bahan tersebut adalah seperti bahan dapur,bahan runcit dan sebagainya.Dengan ini penduduk tidak perlu pergi jauh untuk mencari barang keperluan mereka.

8.4)Kesan-kesan kegiatan ekonomi di kawasan kajian

       Melalui pemerhatian saya,saya mendapati pelbagai masalah yang dihadapi di  Kampung Air Tawar.Di antaranya ialah pencemaran alam sekitar.Pencemaran alam sekitar merangkumi pencemaran udara dan bunyi.Kegiatan pemeliharaan burung laying-layang yang maju di kawasan kajian dan peningkatan harga air liur burung layang di pasaran menyebabkan ramai penduduk menguasahakan kegiatan ini.Penduduk telah menebang hutan dan membiarkan ia kering lalu dibakarnya.Akibatnya,pencemaran udara sekitar di kawasan kajian.Pencemaran udara pula berlaku kerana bunyi burung layang-layang dari bangunan atau sarangnya menyebabkan penduduk tidak senang untuk tidur atau membuat kerja lain.        
       Kegiatan ekonomi juga menyebabkan hidupan akuatik terancam.Ini kerana nelayan-nelayan telah menangkap banyak hidupan di akuatik untuk dijual di pasar.Mereka tidak melepaskan kehidupan akuatik yang terdapat telur di dalam perutnya untuk membiak.Maka kehidupan akuatik terancam.Contohnya ialah udang galah,dulunya udang galah senang didapati tetapi sekarang semakin susah untuk didapati jika kita menebar jala
           Selain itu,kegiatan ekonomi menyebabkan kemasukan buruh asing seperti masyarakat Indonesia,Filipina dan Thailand.Mereka masuk ke kawasan kajian untuk mencari peluang pekerjaan.Mereka bekerja dengan gaji yang murah sebab itulah majikan-majikan mereka mengambil mereka bekerja di kawasan kajian.
         
          Akhir sekali,kegiatan ekonomi di kawasan kajian menyebabkan penduduk dari negeri lain datang ke kawasan kajian contohnya ialah dari Genting Hihgland.Penduduk ini berpindah kerana ingin mengusahakan kegiatan pemeliharaan burung layang-layang kerana kawasan kajian mempunyai tanah yang lembut dan rata manakala di Genting Highland mempunyai tanah yang berbukit dan tidak rata.Ini meyebabkan pertambahan penduduk secara mendadak di kawasan kajian.
Peta Minda:Kesan-kesan kegiatan ekonomi di Kampung Tanjung Gemok,26820,Rompin,Pahang.
                   



                [PeTa]-[MiNdA]





8.5) Langkah-langkah hendak mengurangkan kesan kegiatan ekonomi di kawasan kajian.
         Hasil daripada pemerhatian saya,kegiatan ekonomi telah menyebabkan berlakunya pelbagai kesan negatif terhadap kawasan kajian.Diantaranya kesan negatif  tersebut ialah pencemaran alam sekitar.Dalam mengurangkan pencemaran alam sekitar di kawasan kajian,langkah penguatkuasakan undang-undang boleh diambil.Pihak yang terlibat adalah seperti Jabatan Alam Sekitar(TAS) dan pihak berkuasa tempatan seperti Majlis Daerah Rompin(MDR) boleh mengambil tindakan undang-undang terhadap mereka yang terbukti melakukan kegiatan yang mencemarkan alam sekitar di kawasan kajian.Antara tindakan tersebut ialah mengita premis dan hukuman penjara.
       Terdapat juga kesan negatif yang lain di kawasan kajian iaitu kemasukan buruh asing. Kemasukan buruh asing akan mengurangkan peluangkan pekerjaan kepada penduduk asli.Tindakan harus diambil dengan pantas.Pihak yang terbabit iaitu Majlis Daerah Rompin(MDR) kemasukan buruh asing dengan menguatkuasakan undang-undang di kawasan kajian.Jika ini dipercepatkan maka berkuranglah aktiviti yang tidak berfaedah dilakukan oleh remaja-remaja di Kampung Tanjung Gemok seperti merempit,berlumba dan lain-lain.
         Seterusnya,kehidupan akuatik terancam  merupakan kesan negatif di kawasan kajian.Ianya berlaku kerana nelayan hanya menangkap kehidupan akuatik tanpa member mereka peluang untuk membiak.Penduduk perlulah member mereka peluang untuk membiak sebelum mereka pupus.Penduduk perlu sedar akan apa yang mereka lakukan.     
         Kesan negatif terakhir ialah penghijrahan penduduk dari negeri lain ke kawasan kajian.Tindakan perlu diambil dengan cepat sebelum penduduk di kawasan kajian bertambah dan kawasan kajian menjadi sesak.Tindakan perlu diambil cepat sebelum nasi menjadi bubur.Majlis Daerah Rompin perlu mengawal jumlah penghijrahan penduduk dari kawasan lain ke kawasan kajian untuk mengurangkan kesan kajian.

Jadual menunjukkan jenis-jenis kegiatan ekonomi di Kampung Tanjung Gemok,26820,Rompin,Pahang.
Jenis Kegiatan Ekonomi
Jumlah
Perikanan
          6
perniagaan
4
perguruan
7
Pemeliharaan burung layang-layang
3
                                Jumlah
20
 Rujukan
Orang Sumber:_____________________________________________


Buku rujukan:Chong Mui Sen,2002,Geografi Tingkatan 1,Selangor Darul Ehsan,Sasbadi.SDN.BHD.
 Rumusan

Sebagai rumusannya,kajian ini telah memberi saya pengetahuan tentang jenis-jenis kegiatan ekonomi di kawasan kajian.Saya juga telah mengetahui tentang kepentingan-kepentingan kegiatan ekonomi kepada penduduk dan kawasan kajian.Walaupun kegiatan ekonomi penting kepada penduduk dan kawasan kajian,namun terdapat juga kesan-kesan negatif  hasil daripada kegiatan ekonomi.Justeru itu,saya meyakini bahawa sekiranya langkah-langkah mengurangkan kesan kegiatan ekonomi yang dicadangkan dilaksanakan,insyaAllah kesan negatif kegiatan ekonomi dapat dikurangkan.
     Akhirnya,sebagai seorang penduduk di kawasan kajian saya merasa sangat bersyukur di atas anugerah yang diberi oleh Allah kepada kawasa kajian.Saya juga bersyukur kerana telah wujud semangat cintakan tanah air di dalam hati penduduk di kawasan kajian



                                                   Lampiran
<Diberi oleh Guru>