??

Sunday 9 October 2011

                                   (TAJUK)
Pendahuluan
Kajian kerja kursus ini perlu dilakukan kerana ia merupakan syarat untuk pensijilan Penilaian Menengah Rendah ( PMR ). Kami semua telah diberikan tajuk Kegiatan Ekonomi. Oleh itu, saya telah diarahkan oleh guru untuk membuat kajian ini di kawasan yang mempunyai kegiatan ekonomi iaitu kampung saya.
Masa yang diberikan untuk menjalankan kerja kursus ini ialah bermula bulan September sehingga bulan Oktober iaitu kira-kira 6 minggu. Setiap pelajar perlu menulis satu laporan yang lengkap dan terperinci tentang kajian yang telah dijalankan.
Saya berharap agar kajian dan laporan ini akan mendatangkan manfaat dan faedah khususnya kepada saya dan juga kepada penduduk-penduduk di kawasan tempat  tinggal saya.
Isi Kandungan
                      
 Bil          
           Tajuk             
Halaman
   1
Penghargaan


   2
Pendahuluan


   3
Objektif Kajian


   4
Kawasan Kajian


   5
Kaedah Kajian


   6
Dapatan Kajian


   7
Rumusan


   8
Rujukan


   9
Lampiran

 Penghargaan
Alhamdullilah,syukur kehadrat Illahi kerana telah mengizinkan saya membuat tugasan ini dengan sempurna dan dapat menghantar tugasan ini pada masa yang ditentukan oleh guru Geografi  saya.
Saya ingin mengucapkan  ribuan terima kasih kepada Pengetua SMK Tanjung Gemok kerana telah memberikan kebenaran kepada saya untuk menjalankan kerja kursus ini. Tidak lupa juga kepada guru Geografi saya iaitu Mohd Nazri Bin Yusof yang telah banyak memberikan tunjuk ajar kepada saya untuk menyiapkan tugasan ini.
Ucapan terima kasih juga kepada kedua ibu bapa saya kerana memberikan sokongan dan dorongan kepada saya untuk menyiapkan kerja kursus ini. Banyak maklumat  yang telah mereka berikan demi memastikan kajian ini dapat dilaksanakan dengan seelok-eloknya.
Tidak lupa juga buat rakan-rakan saya  yang telah banyak membantu saya ketika dalam menyiapkan kerja khusus ini
Akhir sekali saya mengucapkan terima kasih kepada penduduk Kampung Tanjung Gemok yang telah sudi memberikan kerjasama yang baik kepada saya semasa kajian ini dijalankan. Hanya Allah sahaja yang dapat jasa dan budi baik kalian semua.

 Objektif Kajian
Berikut adalah objektif-objektif kajian yang telah saya jalankan:
1)    Menyatakan maksud konsep kegiatan ekonomi.
2)    Menyenaraikan jenis-jenis kegiatan yang terdapat di kawasan kajian.
3)    Menghuraikan kepentingan kegiatan ekonomi di kawasan kajian.
4)    Menghuraikan kesan kegiatan ekonomi di kawasan kajian.
5)   Menyatakan langkah-langkap hendak mengurangkan kesan  kegiatan ekonomi di kawasan kajian.
6)    Dapat menerapkan unsur nilai dan patriotisme terhadap penduduk  di Kampung Air Tawar.


Kawasan Kajian
 Kawasan kajian ialah Kampung Air Tawar.Kawasan ini terletak 5 km dari pekan kecil endau dan 32 km dari Bandar mersing
    Kawasan mempunyai struktur tanah yang rata yang menyebabkan ramai penduduk terlibat dalam kegiatan pertanian.Kawasan mempunyai jumlah penduduk yang ramai.____________________________________________________________________________________
                                   (Peta daerah)
                                   (Peta Kawasan Kajian)

Kaedah Kajian
         Terdapat 3 jenis kaedah yang saya boleh gunakan untuk mengetahui tentang kegiatan ekonomi di kawasan kajian antaranya ialah:
1)Pemerhatian
2)Soal Selidik
3)Rujukan


 Hasil Kajian



8.1)Konsep kegiatan ekonomi
Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka mendefinasikan kegiatan ekonomi sebagai perkara-perkara yang dilakukan oleh masyarakat.
    Pertanian,penternakan,perguruan dan perniagaan adalah contoh kegiatan ekonomi di kawasan kajian
8.2)Menghuraikan Kegiatan Ekonomi
Kegiatan Ekonomi
Jumlah
Penternakan
Pertanian
Perguruan
Perniagaan
   7
   5
   4
   4
Jumlah Keseluruhan
   20







1)Penternakan
Kegiatan penternakan merupakan salah satu kegiatan ekonomi di kawasan kajian.Hasil daripada analisis boring soal selidik,saya mendapati 6 orang responden yang terlibat dalam kegiatan ini.Daripada 6 orang responden berikut,separuh daripadanya menternak lembu dan kambing.Mereka membiarkan ternakan mereka bebas.Separuh lagi responden pula,menternak ayam.Mereka menbiarkan ternakan mereka berkeliaran di kawasan rumag mereka.Mereka member ayam mereka makan bertih dan jagung.

2)Pertanian
Kegiatan pertanian merupakan salah satu kegiatan ekonomi di kawasan kajian.Hasil daripada analisis boring soal selidik,saya mendapati 5 orang responden yang terlibat dalam kegiatan ini.Daripada 5 orang responden tersebut,3 orang responden bertani di ladang.Mereka menanam kelapa sawit di ladang mereka.Responden terlebihnya pula, menanam di kebun.Mereka menanam sayur-sayuran dan buah-buahan seperti lada,rambutan dan lain-lain.




3)Perguruan 
Kegiatan perguruan merupakan salah satu kegiatan ekonomi di kawasan kajian.Hasil daripada analisis boring soal selidik,saya mendapati 4 orang responden yang terlibat dalam kegiatan ini.Keempat-empat responden ini mengajar di sekolah tertentu seperti Sekolah Kebangsaan Tanjung Gemok,Sekolah Menengah Kebangsaan Ungku Husin,Sekolah Kebangsaan Pusat Air Tawar dan Sekolah Agama Pusat Air Tawar.
4)Perniagaan
Kegiatan perniagaan merupakan salah satu kegiatan ekonomi di kawasan kajian.Hasil daripada analisis boring soal selidik,saya mendapati 4 orang responden yang terlibat dalam kegiatan ini.Dua daripada responden itu berniaga gerai runcit dan 1 daripada responden berniaga gerai makanan.Seorang responden lagi berniaga dengan menggunting rambut penduduk supaya Nampak kemas.






8.3)Kepentingan Kegiatan Ekonomi di kawasan Kajian
      Kegiatan ekonomi ternyata telah membawa peluang kepada penduduk di kawasan kajian.Mereka terlibat dengan pelbagai kegiatan ekonomi.Ada diantara mereka terlibat dalam kegiatan penternakan,pertanian,perniagaan dan sebagainya.Hasilnya,melalui kegiatan ini,mereka berpeluang mempunyai sumber pendapatan.

       Kegiatan ekonomi juga telah meningkatkan taraf kehidupan penduduk di kawasan kajian.Pada peringkat awal penduduk hanya tinggal di rumah kecil diperbuat daripada kayu.Kenderaan utamanya ialah basikal.Kebanyakan penduduk di taraf kemiskinan.Hasil daripada kegiatan ekonomi,penduduk sekarang mempunyai rumah besar diperbuat daripada batu dan mempunyai kenderaan-kenderaan yang mewah.
        Selain itu juga,kegiatan ekonomi juga membekalkan bahan ma       kanan.Kegiatan ekonomi pertanian telah memberikan kita vitamin C.Vitamin ini didapati dalam sayur yang ditanam di kebun mereka.Penternakan pula telah member sumber protein kepada penduduk di kawasan kajian.
       Akhir sekali,kegiatan ekonomi membekalkan bahan keperluan harian penduduk.Bahan-bahan tersebut adalah seperti bahan dapur,bahan runcit dan sebagainya.




8.4)Kesan-kesan kegiatan ekonomi di kawasan kajian

       Melalui pemerhatian saya,saya mendapati pelbagai masalah yang dihadapi di  Kampung Air Tawar.Di antaranya ialah pencemaran alam sekitar.Pencemaran alam sekitar merangkumi pencemaran udara,air dan tanih.Kegiatan pertanian yang maju di kawasan kajian dan peningkatan harga sawit di pasaran menyebabkan ramai penduduk menhguasahakan tanaman ini.Penduduk telah menebang hutan dan membiarkan ia kering lalu dibakarnya.Akibatnya,pencemaran alam sekitar di kawasa kajian.Pencemaran air pula berlaku kerana petani mengalirkan air sawah ke dalam sungai khususnya pada musim menuai.Pencemaran tanih juga disebabkan oleh pertanian.Penduduk menyembur racun serangga di kebun mereka supaya serangga tidak makan tanaman mereka.Ini menyebabkan tanih-tanih di kawasan kajian tidak subur.
           Kegiatan ekonomi juga menyebabkan hidupan akuatik terancam.Ini kerana pertanian moden di kawasan kajian telah meletakkan bahan kimia atau racun serangga ke tanaman mereka.Ianya bahaya untuk kehidupan laut kerana bahan kimia tidak larut akan ke sungai lalu sungai tercemar.Maka kehidupan akuatik terancam.Contohnya ialah udang galah,dulunya udang galah senang didapati tetapi sekarang makin susah untuk didapati.
           Selain itu,kegiatan ekonomi menyebabkan kemasukan buruh asing seperti masyarakat Indonesia dan Bangladesh.Mereka masuk ke kawasan kajian untuk mencari peluang pekerjaan.Mereka bekerja dengan gaji yang murah.
          Akhir sekali,kegiatan ekonomi di kawasan kajian menyebabkan penduduk dari negeri lain datang ke kawasan kajian contohnya ialah dari negeri Kedah.Penduduk ini berpindah kerana ingin mengusahakan kegiatan pertanian kerana kawasan kajian mempunyai tanah yang lembut dan rata.Ini meyebabkan pertambahan penduduk secara mendadak di kawasan kajian.
Peta Minda:Kesan-kesan kegiatan ekonomi di Kampung Air Tawar,86900,Mersing,Johor.
                                        
                                                 
8.5) Langkah-langkah hendak mengurangkan kesan kegiatan ekonomi di kawasan kajian.
         Hasil daripada pemerhatian saya,kegiatan ekonomi telah menyebabkan berlakunya pelbagai kesan negatif terhadap kawasan kajian.Diantaranya kesan negatif  tersebut ialah pencemaran alam sekitar.Dalam mengurangkan pencemaran alam sekitar di kawasan kajian,langkah penguatkuasakan undang-undang boleh diambil.Pihak yang terlibat adalah seperti Jabatan Alam Sekitar(TAS) dan pihak berkuasa tempatan seperti Majlis Daerah Mersing(MDM) boleh mengambil tindakan undang-undang terhadap mereka yang terbukti melakukan kegiatan yang mencemarkan alam sekitar di kawasan kajian.Antara tindakan tersebut ialah mengita premis dan hukuman penjara.
       Terdapat juga kesan negatif yang lain di kawasan kajian iaitu kemasukan buruh asing. Kemasukan buruh asing akan mengurangkan peluangkan pekerjaan kepada penduduk tempatan.Tindakan harus diambil dengan cepat.Pihak yang terbabit iaitu Majlis Daerah Mersing (MDM) perlu mengurangkan kemasukan buruh asing dengan menguatkuasakan undang-undang di kawasan kajian.
    



       Selain itu,kehidupan akuatik terancam juga merupakan kesan negatif di kawasan kajian.Ianya berlaku kerana petani moden menggunakan baja kimia supaya tanaman  di kebun mereka subur.Penduduk perlu menggunakan baja organik untuk tanaman mereka supaya sungai tidak tercemar dan kehidupan akuatik tidak terancam.Penduduk perlu sedar akan apa yang mereka lakukan,mereka boleh menyertai kempen cintai sungai kita supaya mereka jaga sungai kita dan kehidupan di dalamnya.
      Kesan negatif terakhir ialah penghijrahan penduduk dari negeri lain ke kawasan kajian.Tindakan perlu diambil dengan cepat sebelum penduduk di kawasan kajian bertambah dan kawasan kajian menjadi sesak.Tindakan perlu diambil cepat sebelum nasi menjadi bubur.Majlis Daerah Mersing perlu mengurangkan penghijrahan penduduk dari kawasan lain ke kawasan kajian.
 Rumusan
Hasil daripada kajian yang telah saya jalankan menunjukkan bahawa kawasan kajian mempunyai kegiatan ekonomi yang berbeza.Mereka bekerja dalam sektor swasta,kerajaan dan sektor lain-lain.Kebanyakkannya bekerja dalam sektor lain ialah bekerja sendiri iaitu sebagai peniaga,petani,penternak dan lain-lain.Penduduk kebanyakkan bekerja sebagai penternak.Penduduk memberi kepentingan dan kesan buruk terhadap kawasan kajian atau penduduk.Kajian ini telah membuatkan saya mengenali kampung saya iaitu Kampung Air Tawar .
 Rujukan
Orang sumber:Arus binti Zawawi,56 tahun,Jalan Duku,Kampung Air Tawar,86900,Mersing,Johor.


Buku Teks:Geografi tingkatan 1,Chong Mui Sen,Dr.Azizan bin Hj. Abu Samah



                                                               (LAMPIRAN)

5 comments: